Saturday, December 1, 2018

Huraiyah: Keputusan UPSR 2018 ~ Alhamdulillah!

Assalamualaikum wbt semua,

Hari ni hari yang paling gembira dan bersyukur...
Huraiyah berjaya mencapai keputusan yang diidam-idamkan iaitu mendapat 6A dalam UPSR 2018!

Gambar Ihsan (dalam whatapps group) daripada Pn Rozlah A. Bakar, PK 1 sekolah ketika mengambil keputusan UPSR.

Alhamdulillah... Syukur pada Allah...
Jutaan terima kasih buat semua guru SKPP 5(1), SKPP 16(2) dan SK Petaling Jaya atas segala didikan dan ilmu yang dicurahkan kepada anak saya, Faqihah Huraiyah bt Ahmad Fikri.

Tahniah diucapkan kepada semua guru terutamanya guru-guru tahun 6, khususnya guru-guru 6 Emerald yang bertungkus-lumus dan tidak pernah jemu memberikan bimbingan yang terbaik buat Faqihah. Didikan guru-guru amat berkesan, sehingga saya sendiri boleh melihat peningkatan demi peningkatan yang dicapai oleh Faqihah. Tiada tuisyen luar, hanya berharap pada program tahun 6 sekolah dan ulangkaji di rumah.

Sekalung tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan drpd saya dan suami buat semua guru.

Hanya Allah swt yang dapat membalas segala kebaikan guru-guru semua.

Terima kasih, cikgu-cikgu...! Terima kasih 💐💐💐✨
Alhamdulillah...
You did it! Congratulations, Huraiyah!

Terima kasih,
 guru-guru!


#ps: Di rumah kami panggil Huraiyah. Di sekolah cikgu dan kawan-kawan panggil Faqihah...

Saturday, November 17, 2018

Huraiyah : Hari Anugerah Cemerlang 2019


Alhamdulillah! Tahniah Huraiyah...

Alhamdulillah...

Syukur atas kurniaan Allah...

Hari ini Hari Anugerah Cemerlang sekolah. Alhamdulillah, Huraiyah berjaya mendapat tempat pertama di kelas 6 Emerald. Terima kasih guru-guru atas didikan dan tunjuk ajar buat Huraiyah... Jasamu dikenang!

Huraiyah menerima hadiah dan sijil daripada guru besar.

Bergambar di photo booth sekolah

Sayangggg Huraiyah...!!! Tahniah anakku...

Pencapaian yang membanggakan ummi abah! Alhamdulillah...

Semoga terus cemerlang dan menjadi mukminah professional yang dapat menabur bakti buat ummah, anakku, Faqihah Huraiyah... Aaamiin.


Wednesday, October 17, 2018

Huraiyah: Menduduki UKSBP


Salam semua,
Hari ni anakandaku, Huraiyah telah menduduki UKSBP di Sekolah Sultan Alam Shah. 

Sesi 1, 9.00 - 10.00 am
Pendaftaran pada pukul 8 lebih kerana murid perlu daftar 45 minit sebelum bermulanya peperiksaan.

Soalan ada 50 berbentuk objektif dan menjawab menggunakan I-pad.
Bentuk soalan adalah seperti berikut:
1. Corak / pola bergambar dan meramal gambar seterusnya.
2. Kangaroo maths
3. Situasi
4. Sudoku
5. Pengetahuan am




Monday, October 15, 2018

Huraiyah: Terpilih menduduki ujian kemasukan sekolah berasrama penuh, Alhamdulillah.

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah, Faqihah Huraiyah telah terpilih menduduki UKSBP. UKSBP dijalankan selama satu hari shj selama satu jam pada mana-mana tarikh 15 -18 Okt 2018 seperti yang telah ditetapkan dalam talian.

UKSBP adalah di SAS seperti yang telah dipilih semasa memohon.


# Perjalanan ke SBP: Sekadar perkongsian untuk ibubapa yang ingin menghantar anak ke SBP.