Hari ni hari yang paling gembira dan bersyukur...
Huraiyah berjaya mencapai keputusan yang diidam-idamkan iaitu mendapat 6A dalam UPSR 2018!
Gambar Ihsan (dalam whatapps group) daripada Pn Rozlah A. Bakar, PK 1 sekolah ketika mengambil keputusan UPSR.
Alhamdulillah... Syukur pada Allah...
Jutaan terima kasih buat semua guru SKPP 5(1), SKPP 16(2) dan SK Petaling Jaya atas segala didikan dan ilmu yang dicurahkan kepada anak saya, Faqihah Huraiyah bt Ahmad Fikri.
Tahniah diucapkan kepada semua guru terutamanya guru-guru tahun 6, khususnya guru-guru 6 Emerald yang bertungkus-lumus dan tidak pernah jemu memberikan bimbingan yang terbaik buat Faqihah. Didikan guru-guru amat berkesan, sehingga saya sendiri boleh melihat peningkatan demi peningkatan yang dicapai oleh Faqihah. Tiada tuisyen luar, hanya berharap pada program tahun 6 sekolah dan ulangkaji di rumah.
Sekalung tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan drpd saya dan suami buat semua guru.
Hanya Allah swt yang dapat membalas segala kebaikan guru-guru semua.
Terima kasih, cikgu-cikgu...! Terima kasih 💐💐💐✨
Alhamdulillah...
You did it! Congratulations, Huraiyah!
Terima kasih,
guru-guru!
#ps: Di rumah kami panggil Huraiyah. Di sekolah cikgu dan kawan-kawan panggil Faqihah...