Tuesday, January 8, 2019

Huraiyah: Alhamdulillah, terpilih ke SBP pilihan kami!

Alhamdulillah...

"A journey of a thousand miles begins with a single step"

Telah selamat mendaftarkan Huraiyah pagi tadi. Alhamdulillah atas peluang serta perancanganMu yang hebat dan terbaik ini.



Semoga Faqihah Huraiyah menjadi permata ummah yang terpilih dan menjadi mukminah professional yang hebat, yang dapat menabur bakti buat ummah, Aaamiin.




Teruskan usaha, kesungguhan dan jadikanlah dirimu sebagai inspirasi ummah. Semoga Allah mempermudahkan segala urusanmu, anakku...


Tuesday, January 1, 2019

Melawat SMAP Kajang II

Salam semua,

Alhamdulillah hari ni di beri peluang oleh Allah untuk melawat SMAP Kajang secara kebetulan. Sebenarnya nak shopping barangan keperluan sekolah untuk anak-anak di kedai-kedai area Kajang.

Keluar dari tol dr darah Putrajaya, tiba-tiba terfikir untuk tengok SMAP Kajang sebab hari tu dah pernah datang sekali lepas result SBP keluar, tapi tengok sekolah waktu malam sahaja. Jadi, tak nampak sangat.

Kalau ikutkan nak tengok sekolah waktu lepas shopping tapi suami cakap tengok terus la baru shopping. Waktu tu dalam pukul 10.54 am.

Bila tiba depan sekolah, tengok banyak kereta yang terus masuk ke perkarangan SMAP Kajang. Kami pun tumpang sekaki dengan selamba masuk sekali. Rupa-rupanya, hari ni pelajar-pelajar senior masuk mendaftar asrama sebab esok dah mula sekolah.

Rezeki kami dapat melawat asrama puteri dan boleh tengok persekitaran. Alhamdulillah, walaupun nampak sedikit dhaif bangunan asrama, murid-murid sopan santun. Siap beri salam, "Assalamualaikum, puan" dan senyum walaupun tak kenal kami.

Beberapa gambar yang sempat dirakam di asrama sekolah.

Dorm. Cadar di setiap dorm berbeza warna mengikut aras dan wing. 
Ada cadar biru, merah, kuning dan hijau.


Dalam 14 orang satu dorm. Locker tepi dinding.

Stor. Sebelah kanan untuk peralatan mandi dan membasuh.
Stor. Sebelah kiri untuk bagasi. Ada di setiap aras dan wing.

Tandas di setiap aras dan wing.

Bilik mandi sebelah kanan dan toilet (tiada dalam gambar) sebelah kiri.

Makluman dalam tandas asrama.

Pandangan asrama dari tangga. Ada satu lagi blok asrama di pintu masuk asrama, tapi kami tak naik.

Stor sukan aras bawah sebelah bilik iron.

Bilik iron baju sebelah surau.

Surau

Bahagian belakang surau.


Jadual tugasan yang ditampal pada cermin muka besar sebelah tandas.

Ruang dobi berbayar di belakang blok asrama satu lagi.

Lepas dah tengok kawasan asrama kami pun sambung plan sebenar untuk shopping. 

Alhamdulillah, kasut hitam yang dibeli betul bentuknya selepas melihat kasut-kasut pelajar di asrama. Bukan main Susah nk cari kasut Hitam yang bertumit 1 inci setengah!

#Perkongsian info SBP