Friday, January 31, 2020

Hidayah: Selamat belajar, anakku! Semoga cemerlang di dunia dan akhirat.

Setelah semua taklimat selesai, kami menjamu selera di cafe. Pastu, ke Baling untuk membeli sedikit barang keperluan Hidayah yang masih belum cukup serta beli sim card baru. Di sini, belum ada kemudahan telefon awam waktu ni. Jadi, pelajar dibenarkan membawa telefon Nokia 3310 untuk menghubungi ibubapa. Akan tetapi telefon hanya boleh digunakan pada petang Jumaat sehingga petang Ahad. Hari-hari lain, telefon perlu dihantar kepada warden.

  Dah settle semua, baru hantar Hidayah semula ke asrama.

Abah dah x naik atas. 
Al-Amin setia menemani along.

Waktu ni, murid-murid lama baru habis sekolah. Jadi, mereka pun ada di dorm.

Sempat bergambar dengan ahli dorm.

Kawasan asrama

Kawasan bersantai di asrama

Depan aspuri

Ayah dan anak bersalaman sebelum balik!

Selamat belajar, anakku! Semoga ilmu dicurahkan oleh guru-guru dapat dimanfaatkan dengan baik. Semoga Hidayah berjaya mencapai impian dan cita-cita yang diimpikan serta berjaya di dunia & akhirat, Aaaamiin...😍😘🎉✨💐

Tahniah, Hidayah! 🎉✨💐💕😘


No comments:

Post a Comment